top of page


PRODUKSI
Pada tahun 2010, Must Read telah menubuhkan anak syarikatnya, Media Screen Sdn Bhd, yang memfokuskan kepada penerbitan program-program televisyen. Syarikat ini 100% dimiliki oleh Must Read Sdn Bhd.
Sepanjang tempoh sedekad, Media Screen telah menghasilkan pelbagai program televisyen setiap tahun yang menampilkan kandungan tempatan dan antarabangsa, seperti dokumentari, rancangan bual bicara, program majalah dan telemovie.
Sehingga kini, Media Screen telah menghasilkan 30 program televisyen, yang terdiri daripada produksi tempatan dan kandungan antarabangsa dari pelbagai negara seperti Filipina, India, Arab Saudi, Bosnia, Sepanyol dan Malawi di Afrika.

bottom of page



