top of page
VR IMEJ1.jpg

KONTEN DIGITAL

Must Read telah membangunkan konsep pembelajaran berasaskan digital, menggunakan peranti Realiti Maya (VR) sebagai fokus perniagaan baharu syarikat.

 

Setiap konten menarik diubah menjadi sebuah jalan cerita, kemudian dikembangkan menjadi animasi, yang akhirnya boleh dinikmati secara digital menggunakan peranti VR. Ini adalah konsep baharu untuk meluaskan pengetahuan kepada generasi kini, dengan memanfaatkan teknologi terkini melalui penggunaan teknologi digital. Melalui pendekatan ini, ia menjadikan penyampaian maklumat itu lebih menarik dan lebih mudah didekati oleh audien yang disasarkan.

 

Mulai tahun 2025, Must Read mula mengembangkan saluran pengedaran kandungannya secara strategik melalui pembangunan konten Realiti Maya (VR) .

 

Berdasarkan pengalaman kami dalam media digital, kami menyedari kepentingan kritikal untuk menerima pakai teknologi baru yang muncul seperti Augmented Reality (AR), Artificial Intelligence (AI) dan VR.

 

Pendekatan yang berpandangan ke hadapan ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk kekal proaktif dan berdaya saing dalam landskap teknologi yang semakin berkembang, sambil memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk menyampaikan pengetahuan atau konten dalam bentuk yang lebih menarik dan yang lebih memberi kesan kepada audien.

MR VR _edited.png

Must Read telah membangunkan konten-konten Realiti Maya (VR) yang inovatif berdasarkan sukatan pelajaran yang ada dalam buku teks subjek Sejarah sekolah rendah (Tahun 4 dan Tahun 5) dan menengah (Tingkatan 3) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Bahan pendidikan kami dipersembahkan dalam bentuk komik bergrafik, memfokuskan kepada tokoh-tokoh pahlawan lagenda Nusantara.

Komik ini direka bentuk sepenuhnya menggunakan teknologi AI, untuk menghidupkan semula kisah-kisah heroik pelbagai tokoh seperti Mat Kilau, Dol Said, Mat Salleh, Tok Janggut, dan ramai lagi hero ikonik.

Melalui penggabungan sejarah dan teknologi, Must Read berharap dapat mencipta pengalaman pembelajaran yang lebih dinamik untuk para pelajar, menjadikan kisah sejarah bukan sahaja bermaklumat tetapi dapat dipersembahkan dalam bentuk yang lebih menarik dan berinteraktif, seterusnya menjadikan proses pembelajaran itu lebih menyeronokkan dan berkesan.

Sebagai tambahan kepada inisiatif pendigitalan kami, Must Read juga membangunkan konten digital yang disesuaikan mengikut keperluan pelanggan korporat. Kami menyediakan penyelesaian inovatif yang memanfaatkan teknologi terkini untuk mencipta pengalaman digital yang menarik, interaktif dan berkesan buat pelanggan korporat kami.

 

Daripada modul latihan maya kepada bahan penceritaan dan penjenamaan digital, kami akan membantu pihak korporat menyampaikan visi mereka, meningkatkan penglibatan para pekerja dan juga berhubung dengan audien mereka dengan cara yang lebih menarik dan kreatif.

 

Kami komited terhadap kualiti dan kreativiti tugasan yang dilaksanakan agar hasilnya sejajar dengan matlamat pelanggan kami, dan dapat memberikan nilai serta menyumbang dalam pertumbuhan dalam sektor korporat.

ai content image.jpg

Tel: 03-61871611

No 33, Jalan SBC 6 Taman Sri Batu Caves 68100 Batu Caves Selangor

LANGGAN

Daftar untuk menerima berita dan kemas kini Must Read.

© 2035 oleh Must Read. Dikuasakan dan dijamin oleh Wix

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
bottom of page