

Ukhwah For Ummah (U4U) ialah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang ditubuhkan oleh Must Read pada tahun 2013 (di bawah Akta ROS). U4U ini dibangunkan sebagai salah satu usaha dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat untuk terlibat dan menyumbang kepada orang ramai dalam aktiviti kemasyarakatan. Ukhwah for Ummah (U4U) merupakan sebuah organisasi yang bertanggungjawab dalam menjalankan aktiviti kebajikan dan menyampaikan sumbangan kepada golongan sasar sama ada di dalam dan luar negara.
A Tile for Seville
A Tile for Seville ialah program mengumpul dana untuk pembinaan masjid di Seville, Sepanyol. Beberapa selebriti Malaysia, Singapura dan Indonesia terlibat dalam program itu dan telah pergi ke Sepanyol untuk menjalankan kempen mengumpul dana. Antaranya Faizal Tahir, Oki Setiana Dewi, Irma Hasmi, Dewi Sandra, Suffian Amrin, Faeza Ul Haq dan Farah Asyikin.
GROCERIES4U
Program bekalan dapur yang diadakan sepanjang bulan Ramadan kepada golongan asnaf yang memerlukan bantuan di sekitar Lembah Klang khususnya pada bulan Ramadan. Asnaf ini dikenal pasti dengan bantuan ahli jawatankuasa masjid tempatan.
Bekalan dapur
Asnaf
Ramadhan
Lembah Klang








MEALS4U
U4U juga mengambil berat tentang bekalan makanan kanak-kanak di sekolah. Sehubungan itu, program Meals4U merupakan program sumbangan makanan kepada kanak-kanak di beberapa buah sekolah di Lembah Klang seperti di Sekolah Kebangsaan Taman Medan, Selangor dan Sekolah Kebangsaan Sungai Besi 2, Kuala Lumpur.
Bekalan makanan
Kanak-kanak
Sekolah
Lembah Klang
TAJAAN BULANAN
SPECIALMILK4U
Program bekalan susu ini diberikan kepada mereka yang menghidap penyakit kronik daripada keluarga yang kurang bernasib baik atau hilang mata pencarian akibat pandemik Covid 19 yang telah menyebabkan kegawatan ekonomi di Malaysia dan seluruh dunia.
Bekalan makanan
Penyakit kronik
Keluarga yang kurang berkemampuan
Di peringkat tempatan dan antarabangsa








AID4REFUGEES
U4U juga terlibat dalam program bantuan kemanusiaan antarabangsa seperti di kem pelarian, di bawah program Squad Celebrity Global Volunteers.
Dalam program ini, selebriti Malaysia melawat dan memberikan bantuan seperti makanan dan keperluan lain kepada masyarakat yang memerlukan di 4 negara iaitu Filipina, Bosnia, India dan Afrika. Program ini menunjukkan aktiviti pasukan semasa melancong di negara tersebut.
Antara sumbangan program ini ialah membina Madrasah Al-Quran untuk pelajar perempuan di India, membantu mangsa perang di bandar Marawi, Filipina, menyediakan makanan untuk asnaf di Bosnia dan membina telaga untuk 12 kampung di Afrika.
Kem pelarian
Makanan dan keperluan
Asnaf
Global