
Penerbitan
Buku
Must Read sehingga kini, telah menerbitkan lebih daripada 500 judul buku, meliputi pelbagai genre seperti agama, motivasi, keluarga dan pelbagai topik umum. Banyak buku terbitan Must Read juga telah mencapai status laris di kedai-kedai buku utama di Malaysia seperti di Popular dan MPH.
Kami kini mengambil langkah untuk meluaskan pasaran pembaca kami dengan menerokai penerbitan buku-buku fiksyen, termasuk novel dan komik.
Selain itu, kami juga terlibat dalam penerbitan buku teks di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan JAKIM. Di bawah KPM, Must Read telah menerbitkan sebanyak 10 buah buku teks setakat ini. Antara buku teks tersebut ialah bagi subjek Biologi (tingkatan 4), Al-Mukhtar Min Al-Iqnaa (tingkatan 5) dan Tarikh Al-Adab (tingkatan 5).

