KOMBO SHAH IBRAHIM

-19% KOMBO SHAH IBRAHIM

Kombinasi dua buah buku hebat penulis Shah Ibrahim mengenai pengalaman beliau membesar yang boleh kita kaitkan dalam kehidupan semasa bergelar pelajar.


BUDAK MEJA BELAKANG


"Catatan pengalaman penulis ini membawa kita mengimbau kembali zaman persekolahan yang pernah dilalui satu ketika dahulu. Mereka yang membesar dalam era 80-1n dan 90-an pastinya sering kali tersenyum dan mengangguk sendirian sambil membaca buku ini. Ia bagai mesin masa yang menyelusuri kisah hidup seorang pelajar dari zaman hiruk-pikuk sekolah rendahnya, hingga ke era kematangan di sekolah menengah."

(Ahmad Affzan Abdullah, Penulis buku Mat Cleaner UK)


"Naskah ini adalah satu bentuk tugasan yang jujur dan tak dibuat-buat. Kisah pengalaman peribadi penulis digarap secantik boleh, untuk mengajak para pembaca mengikuti bersama-sama pengalaman yang dia rasa. Sedikit kritikan dan perbandingan sosiobudaya serta pendidikan antara dua negara, Malaysia dan Scotland ditulis secara sinikal dalam naskah ini. Naskah ini bukan untuk orang yang cepat terasa hati. Buku Budak Meja Belakang ini, ditulis khasnya untuk orang menang."

(Rafiuddin Rabu, Penulis buku Ujian/Masharakat, Cerita Bangsa Gemok


BUDAK MEJA BELAKANG PAX AMERICANA


Budak Meja Belakang Pax Americana pula adalah sambungan kisah beliau melanjutkan pelajaran ke Amerika.

Selain daripada kejutan budaya, pelbagai kisah menarik bersama rakan-rakan Mat dan Minah Salleh, serta rakan serumah, pensyarah dan masyarakat sekeliling lain. Dalam Budak Meja Belakang ada Farah, kali ini dalam Budak Meja Belakang Pax Americana pula ada Mia. Bagaimana kesudahan cerita bersama Mia ini. Semua terjawab dalam buku ini.

Write a review

Please login or register to review
  • Views: 320
  • Product Code: KOMBO SHAH IBRAHIM
  • Availability: In Stock
  • RM53.00
  • RM43.00
  • Ex Tax: RM43.00

Tags: KOMBO SHAH IBRAHIM, BUDAK MEJA BELAKANG, KOMRAD

Facebook Comments ()