#DanaKITA Cikgu Fadli

#DanaKITA Cikgu Fadli

                                                         

#DanaKITA adalah satu usaha mengumpul dana di bawah program Projek Beg Sekolah (bersama #DanaKITA), yang diusahakan oleh sekumpulan guru sebuah sekolah di Gombak, Selangor dan diketuai oleh Cikgu Fadli Salleh. Perlaksanaannya kini sudah masuk tahun ke empat (sehingga 2018).

Objektif utama Projek Beg Sekolah adalah untuk membantu anak-anak yatim, anak-anak daripada keluarga miskin dan anak-anak daripada ibu bapa yang telah bercerai. Mereka akan dibekalkan sebuah beg sekolah sebagai persiapan memasuki alam persekolahan, yang sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban golongan ini.

Pada tahun 2017, #DanaKITA telah berjaya membekalkan lebih 2000 beg sekolah dan diagihkan di sekitar Selangor (Gombak adalah tumpuan utama), Wilayah Persektuan Kuala Lumpur, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Jadi, melalui pembelian buku-buku Must Read dan Komrad Buku (bagi tajuk-tajuk terpilih yang berada di bawah program dana ini), sebanyak 20% daripada nilai pembelian, akan disumbangkan kepada tabung #DanaKITA ini.

Semoga dengan sumbangan kita yang tidak seberapa ini dapat membantu meningkatkan dana ini supaya program ini dapat terus berjalan lancar.



There are no products to list in this category.