Maklumat Penghantaran

Urusan penghantaran kami adalah berdasarkan ketetapan POSLAJU Malaysia sebagai penyedia perkhidmatan kurier.


Untuk mengesan status pesanan anda, sila klik pada pautan:

http://poslaju.com.my/track-trace/




Penghantaran & Terma Penghantaran

  • Barangan yang dibeli akan dihantar melalui kurier melalui perkhidmatan standard, dalam masa 3 – 5 hari bekerja untuk Malaysia Barat dan 3-7 hari perniagaan untuk Malaysia Timur (Isnin- Jumaat, tidak termasuk Cuti Umum) selepas pengesahan pembayaran pesanan.
  • Pesanan akan diproses pada setiap Isnin- Jumaat kecuali Cuti Umum, dan dikurier antara pukul 9.00 pagi – 5.00 petang.
  • Alamat Peti Surat tidak akan diterima.
  • Jika anda mendapati terdapat barang-barang yang telah rosak semasa penghantaran, sila laporkan kepada Khidmat Pelanggan pada hari yang sama, yang perlu disertakan dengan nombor invois dan sebarang bukti sokongan lain. Pembayaran balik adalah tertakluk kepada budi bicara syarikat penghantaran tersebut.
  • Jika barang yang anda beli telah hilang dari pesanan anda, sila laporkan kepada Khidmat Pelanggan pada hari barang diterima dan kami bersedia untuk memberi bantuan kepada anda untuk mengesan barang tersebut.
  • Semua pesanan adalah tertakluk kepada pelepasan bank sebelum diproses. Hanya pesanan yang telah diterima bayarannya oleh pihak bank akan diproses dan dihantar.
  • Apa-apa bayaran yang dibuat pada hari Jumaat selepas pukul 02.00 petang hanya akan dihantar pada hari Isnin berikutnya.
  • Semasa tempoh jualan/promosi, kami mungkin tidak dapat memenuhi penghantaran hari berikutnya.
  • Semua pesanan yang diterima sebelum jam 2 petang, setiap Isnin – Jumaat akan dihantar pada hari yang sama melalui Pos Laju atau syarikat logistik lain yang dilantik.
  • Nota: Pembelian yang dibuat selepas 2.00 petang, akan di proses pada hari berikutnya.