Tentang Kami

MUST READ Sdn Bhd ditubuhkan pada akhir 2006 dan beroperasi secara aktif pada Jun 2008. Pada permulaan operasi, kami menerbitkan pelbagai kategori buku bagi mengikut kategori pembaca sasaran. Kategori tersebut adalah seperti Addin, Motivasi, Profesional, Teens, Kids dan Umum.


Bermula tahun 2011 penerbitan buku-buku Must Read lebih tertumpu kepada buku-buku bukan fiksyen, bergenre Agama dan Motivasi. Buku-buku ini juga mula diterbitkan mengikut gaya Must Read, bagi menjadikan buku-buku yang diterbitkan mempunyai identiti tersendiri mengikut acuan dan kehendak kami. Yang penting ia boleh menarik minat pembaca.


Kini Must Read juga mula melebarkan sayapnya dengan menerbitkan buku-buku alternatif dibawah label baru, Komrad Buku. Genre buku bukan fiksyen yang diterbitkan adalah umum. Ia adalah bagi mencapai pembaca sasaran yang berbeza daripada pembaca buku Must Read, yang lebih luas.


MUST READ mentafsirkan “karya yang bermutu” sebagai karya-karya yang merubah dimensi baharu dalam kehidupan insan. Sama ada naskhah kami membantu menjernihkan ilmu atau sekadar menerangkan pengalaman hidup mahupun coretan fiksyen, semoga ia selalu memberi pembaca suatu dimensi yang baik. Kami akan pastikan agar setiap karya yang diterbitkan bermutu dan setiap konten yang diberikan sampai dan memberi manfaat kepada pembaca.


Kami percaya dengan keprihatinan dalam usaha ini dapat memberi kesan murni kepada masyarakat umum. Semoga budaya membaca ini akan menjadi faktor wujudnya ahli masyarakat yang lebih baik akhlak dan ilmunya.